Penerangan ringkas ini adalah bermaksud memberikan gambaran yang menarik mengenai kami. Pastikan anda melawat dan melihat Produk & Servis, untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Portfolio Pelanggan
Antara laman web dan laman tapak yang kami reka dan bangunkan dan diantaranya adalah seperti dibawah.
PICO ELECTRONICS (JP)

Multinasional Elektronik, PICO memulakan langkah di dalam teknologi maya pada 1998, mengarahkan U2Networks membangunkan frasarana mengabungkan 10 cawangan mereka melalui intranet. Dari situ bermula pelancaran laman web rasmi mereka. Dan sekarang kami bertungkus-lumus membangunkan e-Commerce untuk mereka bagi merealisasikan projek maya yang di idamkan.
L.A.D.A. (MY)
Pusat pembangunan Langkawi, projek pertama U2Networks dengan kerajaan negeri, membangunkan dan melaksanakan laman web rasmi dan protal jelajah untuk Pulau Langkawi.
Dalam pada itu teknologi maya juga dipraktikan di dalam projek  Langkawi International Maritime and Aviation Exhibition pada 1999.
Sejak dari itu U2Networks telah menjadi pembantu dalam memberi khidmat nasihat, melatih staf dalam mengendali dan membantu LADA .
Kini U2Networks dan LADA mempunyai perancangan membina pejabat bersama untuk kepentingan LADA.
Lawat:   LAMAN WEB LADA     TRAVEL PORTAL
FASTRAK (TH)
Pelanggan pertama kami dari Thailand, Fastrak merupakan pelanggan pertama kami dalam e-bisnes logistik.
Servis merangkumi penyelesaian logistik dan kami telah menyediakan tapak sebagai membantu, menggunakan Windows 2000 Advanced Serve, mempraktikan Enterprise Manager 2000 dan SQL Server sebagai platfom.
HONG-LEONG LÜRSSEN SHIPYARD (MY/DE)
Syarikat usahasama German-Malaysia ini mahir di dalam pembikinan, servis dan membaik-pulih kapal laut dalam pelbagai saiz, dan merupakan pelanggan tetap kami. Keyakinan dalam menjalankan bisnes dengan kami membuatkan mereka meminta kami membangunkan untuk mereka laman web yang mempunyai ciri keselamatan dan juga mel server.
C.G.MOORE ONLINE (TH / CA)
Laman web rasmi Christopher G. Moore, seorang penulis yang berasal dari Canada dan menetap di Bangkok.
Hasil karya beliau antaranya 'Calvino', seorang detektif persendirian dan siri 'Smiles' menggunakan latar belakang Asia Tenggara dan merupakan antara hasil karyanya yang terbaik.
TRANEAT (TW)
Ini merupakan antara laman yang terbaru mengabungkan syarikat-syarikat daripada Taiwan, Hong Kong dan Tanah Besar China. Kerjasama ini merupakan idea yang terbaik diantara U2Networks dengan pembangun laman web di sana dengan menawarkan kepada mereka kadar harga yang rendah dalam penyediaan tapak.
Dengan strategi kerjasama bersama cLTD kami dapat membantu dalam permintaan DNS pelanggan kami di rantau Asia.
BUNDESVERBAND FÜR PARTNERSUCHENDE eV (DE)
Agensi Perkongsian dari German memberi kepercayaan kepada kami untuk membina laman web mereka. Dari situ kami juga melakukan kerja-kerja pembangunan sistem yang dapat memindah terima data, simpanan data dan memenuhi keperluan pelanggan.
HONEY-CUT FASHION DESIGNS (AU)
Antara pelanggan pertama kami dari Australia, Honey-Cut merupakan salah satu syarikat yang dapat menghidu potensi perniagaan maya. Tindakan bijak yang mereka ambil adalah menggunakan servis dari pihak ketiga untuk mengurangkan kos mereka.
WORLD AIR FORCES PROJECT (US)
Laman ini berkisar tentang maklumat sejarah dan informasi mengenai Unit Tentera Udara seluruh dunia. Antara yang menarik terkandung di dalamnya ialah mempunyai pusat data yang begitu lengkap mengenai maklumat tersebut. CD-ROM dan buku merupakan perancangan masa hadapan bagi pengguna yang meminati bidang ini untuk dijadikan tatapan.

Aset Portfolio
Laman Web, Aplikasi, Pusat data dan Projek Pembangunan beroperasi dan kepunyaan CyberFrontier U2Networks
Kebanyakan laman web asing dan alat interaktif sekarang berminat bergabung di dalam rangkaian arkitek yang baru dan bernaung di bawah  www.u2networks.com
U2ASEAN.COM

Laman ini mengandungi tentang data ekonomi, polisi pelaburan, latar belakang industri dan yang terpenting adalah mengenai ASEAN itu sendiri. 
Tambahan yang menarik disediakan di dalamnya seperti emel @U2asean.com, carian enjin, forum, berita mengenai cuaca, online matawang asing dan banyak lagi.
eCOVALUERS.COM

Setelah begitu ramai pelanggan kami asyik menanyakan soalan tentang tapak dan sebagainya, maka persoalan ini menjadikan ia bertambah rumit. Maka kami mengambil langkah menyediakan khidmat nasihat dari sudut teknikal.
Dengan harapan dapat membantu pelanggan kami dan menganggap ia sebahagian dari tugas kami, maka kami mengambil keputusan mengambil alih satu laman web dan mengendalikanya bagi membantu pelanggan kami sesuai dengan kemudahan yang sedia ada di laman itu.
U2PLANET CITY GUIDES

Portal yang berkisar arah da ntuju sesuatu destinasi. Siap disediakan peta yang lengkap. Laman ini juga menyediakan alamat penduduk tempatan mahupun pendatang asing yang datang bekerja di sesuatu tempat.
Jika anda mempunyai laman yang sama seperti ini, harapan kami agar anda dapat bergabung dengan kami bagi menjadikan ia sebagai satu laman web yang bermanfaat.
MyLIMA.COM

Asalnya bertujuan untuk memberi maklumat tentang Pameran LIMA Langkawi sahaja tetapi memandangkan laman ini semakin mendapat sambutan dari pengguna maka kami telah melakukan banyak rombakan bagi memperbanyakan lagi maklumat yang berkisar tentangnya.
Mandat dari LADA meminta agar kami meneruskan usaha ini dan mereka cipta semula LIMA 2001 yang bakal tiba.
DATABASES & DATA MINING 
Merupakan salah satu pusat data yang terbesar di rantau ASEAN, [mengandungi hak domain, butiran lengkap, alamat tapak, dan banyak lagi. Kami juga mencari maklumat dari sesuatu tempat untuk membantu kami dalam menjayakan projek ini dan membantu pengguna tempatan.
Dengan strategi yang sedia ada berita hebahan kami mampu menawarkan keperluan yang diperlukan oleh pengguna.

Latihan & Khidmat Nasihat

Kami adalah pengasas bagi Penang dan Thailand kepada   International Webmasters Association, dan ahli kepada HTML Writers Guild.
Kami membangunkan latihan kurikulum profesional dan juga menyediakan latihan yang sesuai untuk penduduk rantau ASEAN.
Tambahan hubungan kukuh dengan  CyFro WebSoft,  kami telah meneroka lapangan pembangunan alat pembangunan laman web. ALat ini dapat membantu mereka dan membentuk laman, proses penyelenggaraan automatik,dan penyudahan pembinaan laman web yang berkesan.
 
CyberFrontier®, U2Networks™, U2Net™ and derivatives thereof are Trademarks of the copyright proprietor.
Copyright ©1996-2001 CyberFrontier® e-Holdings™.
All Rights Reserved.

Home | Products | Portfolio | Hosting Services  |  Log-In | FAQs | About Us | Contact
U2MALAYSIA.COM  |  U2THAILAND.COM  |  WEEKLY ASIAN_MARKETS OVERVIEW
Power Web Search  |  Asean Directory & Information  |  LIMA Aerospace & Marine


Pageviews since May 2000




Our Merchandise Shop